Friday, 29 January 2016

CARA CARA NAK BUAT KEK BATIK

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt. Harini kami nak share macam mana nak buat kek batik. As you all know, buat kek batik ni senang gila. budak budak pon boleh buat (tapi kena minta izin dulu dari maka ayah yee kalau nak buat)

First thing to do is check dulu bahan bahan nak buat kek batik ni ada ke tak? Kalau takde jaga malas mak pegi kedai beli yee.

Ok, bahan bahannya ialah :

 – 2 cawan milo
– 2 sudu besar serbuk koko
– 1 tin susu pekat manis
– 1 buku buttercup
– 1 paket biskut Marie


CARA CARA NAK BUAT PULAK :
  1. Cairkan dulu butter dalam periuk yang dipanaskan dengan api kecil. Bila sudah cair, masukkan susu pekat dan gaul lagi hingga sebati.
  2. Lepas itu, masukkan Milo dan serbuk koko ke dalam periuk. Masukkan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati. Jangan tinggalkan sebatian ini berketul-ketul.
  3. Masukkan biskut Merrie yang telah dipatahkan (tidak sampai hancur) sebelumnya ke dalam periuk, dan gaul hingga rata.
  4. Lepas itu, masukkan adonan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastic biar mudah nak dikeluarkan.
  5. Padatkan kek batik tadu dengan tekan-tekan menggunakan sudu.
  6. Bila dah padat, simpan loyang ke dalam peti sejuk sekira 3 jam
  7. Kalau nak makan, keluarkan dahulu kek batik kira-kira 30 menit karena pasti sudah keras sebab masuk di peti sejuk.
  8. Kek batik siap di hidangkan.

Kek batik ni kitorang buat special sikit. Ada cheese dengan corn flakes hancur untuk rasa crunchy sikit.

Nak buat topping dia just tambah cheese dengan cornflakes je. 


Cream Cheese
Corn Flakes 
SELAMAT MENCUBA !


Thursday, 21 January 2016


Antara feedback yang diterima oleh customer.

Visit Instagram for more feedback for our kek batik
IG : superb.batik.bakery

Tuesday, 19 January 2016

SAMBUTAN MENGGALAKKAN !!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua .

Terima kasih kami ucapkan atas sokongan dan dorongan anda semua terhadap SUPERB BATIK BAKERY .  Kini jualan kami hampir mencecah sebanyak 70 unit dalam masa seminggu .

WOWW !!!
Sangat memberangsangkan . Dengan hanya berbekalkan modal yang sedikit dan sokongan dari semua orang kami kini dapat bergerak selesa dengan permintaan yang sangat memberangsangkan .

Kek Batik Cheese mempunyai demand yang sangat tinggi sampai kadang-kadang tak cukup tangan kami jahh . Haha .. Tapi Kek Batik Klasik masih lagi mempunyai demand yang tinggi sebab lidah kebanyakan orang sudah dibiasakan dengan kek batik yang original dan penuh rasa cokolat .

Ada juga yang repeat order lagi-lagiKek Batik Crunchy . Munkin sebab rasa cornflake yang kami letak . urmmmm .. Sangat menyelerakan ! Rugi tak cuba ..  #Jilat Jari

Ada juga yang bertanya kepada kami tentang resepi dan kualiti bahan . Jangan risau wahai sayang-sayang semua . Kami mengamalkan perniagaan yang telus dan ikhlas . Kami tidak mengharapkan untung yang banyak . Kami lebih kepada memberikan kualiti bahan yang tidak perlu anda semua ragui.

Dari coklat hinggalah ke titisan terakhir cheese kami menggunakan bahan yang tidak akan anda kesali . Ramai yang memberikan respon yang baik terhadap perniagaan kami .

Jadi kesimpulannya ,Rasailah keenakan pastri kami yang pastinya akan membuatkan anda tak tidur malam .. Terbayang-bayang kek batik kami .

Anda juga boleh meng-usyar laman media kami di :

Instagram : SUPERB.BATIK.BAKERY
Facebook : SUPERB BATIK BAKERY

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi :

012-3254161 - Rafiah
019-6469549 - Nadirah
017-2690256 - Raja
010-2789423 - Munirah
017-6450673 - Nabilah
017-2364526 - Aqielah

                                                                                                                                 Salam Sayang

                                                                                                                                   GOJES 

Tuesday, 15 December 2015


Bismillah , Assalamualaikum,
Kami pelajar Politeknik Nilai dari kos Diploma in Islamic Banking semester 4 , menubuhkan blog ini untuk projek kami dalam subjek Entrepreneurship.

Dalam projek kami ini , kami ada menjual Kek Batik pelbagai jenis iaitu Kek Batik Cheese, Kek Batik Crunchy dengan harga yang berpatutan bagi pelajar pelajar seperti kami.

Korang juga boleh bukak FB kami  https://www.facebook.com/superbbatikbakery/